Gagal pertahankan La Liga, Barca perlu perubahan

Pemain bintang Barcelona, Lionel Messi
Pemain bintang Barcelona, Lionel Messi
A
A
A

KAPTEN Barcelona Lionel Messi mengakui banyak perubahan yang perlu dilakukan di Nou Camap setelah skuad The Calatalans itu gagal mempertahankan trofi La Liga musim ini.

Menurut Messi, antara faktor yang dilihat menjadi punca kepada kegagalan berkenaan adalah berikutan Barca banyak kehilangan mata penting dalam beberapa perlawanan selain melibatkan aksi tidak konsisten pasukan itu sendiri.

Malah Messi turut mempersoalkan berhubung kekuatan mental kesebelasan pasukan berkenaan khususnya dalam mengharungi saingan La Liga yang begitu mencabar musim ini.

"Kita sebenarnya banyak 'membantu' Real Madrid untuk menjulang trofi La Liga musim ini iaitu kejayaan ketiga mereka sejak 2008 lalu.

"Selain itu Barca juga agak tidak 'teratur' bagi musim ini dan oleh itu saya melihat banyak perkara atau perubahan perlu dilakukan segera sekiranya mahu memberikan saingan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang dijadualkan bersambung bulan depan," katanya.

Untuk rekod Barca gagal mempertahankan trofi La Liga apabila tewas 1-2 kepada Osasuna di laman sendiri Jumaat lalu hanya sehari selepas Real Madrid mencatatkan kemenangan 2 -1 ke atas Villareal pada Khamis.

Real Madrid kini sah bergelar juara La Liga 2020 apabila gah di puncak liga dengan 86 mata hasil 26 kemenangan, seri lapan kali dan tewas lapan kali daripada 37 perlawanan, manakala Barca di tempat kedua La Liga dengan 79 mata hasil 24 kemenangan, seri tujuh kali dan tewas enam kali daripada 37 perlawanan.

Barça juga tewas 0-2 kepada Real di Santiago Barnebue Mac lalu selain tiga keputusan seri yang dicatatkan dalam tiga daripada empat aksi pertengahan Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Messi menyifatkan kekalahan kepada Osasuna bukan gambaran sebenar bagi merujuk kepada prestasi Barca di sepanjang musim.

Katanya, persiapan Barca juga dilihat tidak teratur hingga mengakibatkan kehilangan banyak mata penting dalam saingan La Liga musim ini.

"Kita tahu Madrid akan memenangan La Liga kerana kita hilang terlalu banyak mata. Selain itu, Madrid telah melakukan kerja rumah setelah sesi lockdown baru-baru ini.

"Dalam masa sama, kita juga turut membantu mereka (Madrid) dengan melepaskan mata yang tidak sepatutnya. Sebagai Barcelona, kita perlu menang setiap masa dan ketika.

“Masih ada ruang untuk pasukan meningkat dan ketika ini kita sepatutnya sudah mula memikirkan mengenai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kerana kami berazam untuk memenanginya," katanya.