X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Bersatu tak pernah bincang 'hapuskan' jawatan pengerusi

Kamarudin
A
A

PASIR PUTEH - Desas-desus untuk menghapuskan jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak pernah dibangkitkan dalam pucuk pimpinan parti di peringkat negeri.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, perkara itu melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) bagi mendapatkan kelulusan.

"Bukan sahaja pengerusi, jawatan-jawatan lain dalam parti perlu mendapatkan kelulusan di PAT.

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Pengerusi Bersatu mungkin digugurkan

'Jawatan Pengerusi jadikan Bersatu ada dua nakhoda'

"Sebelum dibawa (usul) ke perhimpunan agung notis berhubung perkara tersebut dimaklumkan secukupnya (kepada ahli) terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas diminta mengulas desas-desus jawatan Pengerusi Bersatu mungkin digugurkan.

Menurutnya, buat masa ini perkara tersebut tidak perlu dibangkitkan.

Katanya, jawatan itu kosong selepas Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menjadi Pengerusi Bersatu telah berundur pada 22 Februari lalu.

"Buat masa ini jawatan itu (pengerusi) kosong dan akan dipangku oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga berlakunya PAT dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Nak calon Tun (Dr Mahathir) sudah tidak boleh kerana beliau bukan lagi ahli Bersatu dan tempoh pencalonan sudah tamat," katanya.

Sinar Harian Online hari ini melaporkan terdapat desas-desus kemungkinan perwakilan akan mengemukakan usul bagi membuang jawatan Pengerusi MPT Bersatu pada PAT parti itu yang dijadual berlangsung September ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!