Yakeb, Perkeso jalin kerjasama bantu bekas atlet

Noorul Ariffin Abdul Majeed
Noorul Ariffin Abdul Majeed
A
A
A

YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) akan menjalin kerjasama rapat dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam usaha membantu ahlinya mendapat manfaat caruman.

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, beliau akan berjumpa dengan Perkeso di setiap negeri bagi membantu bekas atlet yang layak untuk mendapatkan faedah Perkeso.

"Sekarang kita sudah mula dengan Perkeso Selangor dan mereka beri Skim Wakalah untuk membantu bekas atlet yang pernah mencarum dengan Perkeso tetapi tidak layak mendapat faedah Perkeso. Selepas ini kita akan pergi ke negeri-negeri lain untuk membantu bekas atlet lain.

"Tetapi yang penting sekarang ialah pencen yang akan Perkeso beri kepada bekas atlet yang mungkin dalam kesusahan atau ditimpa kemalangan iaitu Pencen Ilat. Itu sasaran kita,” katanya selepas majlis Penyampaian Wakalah Yakeb bersama Perkeso.

Menurutnya, Pencen Ilat dapat menyelesaikan masalah bekas atlet yang ditimpa kemalangan seperti pemain sepak takraw, Muhammad Kamal Ishak yang lumpuh selepas kemalangan.

"Kita akan bantu dia supaya cukup caruman selama 48 bulan dengan Perkeso dan serta merta secara langsung dia akan dapat pencen Ilat," katanya.

Artikel Berkaitan: