Pemuda UMNO hantar memorandum desak tubuh RCI TH segera

Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur.
Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO hari ini menyerahkan memorandum menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji (TH).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook beliau berkata, memorandum itu telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri petang tadi.

“Segala tuduhan salah laku dan penyelewengan kini hanya boleh dirungkaikan melalui penubuhan RCI yang bertindak secara bebas dan berkecuali.

“Malah, keyakinan dan kepercayaan rakyat dan umat Islam terutamanya pendeposit boleh dikembalikan apabila bukan sahaja isu lama dapat diselesaikan, malah cadangan penambahbaikan dapat digarap sebaiknya menerusi RCI yang bakal dibentuk kelak,” katanya.

Semalam, beberapa Ahli Parlimen mencadangkan RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Lembaga TH yang lepas, ketika sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat. - Bernama

Artikel Berkaitan: