X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga ditahan SPRM termasuk suami isteri

A
A

TAWAU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri di sekitar Tawau berkaitan dua kes rasuah berasingan.

Menurut sumber, SPRM Tawau menahan sepasang suami isteri berumur 30-an pada 10.30 pagi tadi kerana dipercayai mengemukakan maklumat palsu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pada tahun 2017.

Pasangan itu dipercayai membuat perkara berkenaan bagi mendapatkan tender kantin sekolah bernilai RM100,000.

Dalam kes berasingan, SPRM Tawau turut menahan seorang Pembantu Tadbir Kewangan berusia 54 tahun yang bertugas di sebuah hospital pada 2 petang tadi kerana menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan RM16,000.

Lelaki itu difahamkan menggunakan jawatannya untuk meluluskan proses pembayaran kerja-kerja penyelenggaraan kuarters kerajaan kepada sebuah syarikat yang sebenarnya adalah milik suspek sendiri bagi mendapatkan wang itu.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Difahamkan, kesemua suspek bagi kedua-dua kes itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada esok pagi untuk pertuduhan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!