Struktur siling LTAB Kuching rosak akibat hujan lebat, angin kencang

Keadaan di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di LTAB Kuching yang mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang pada Selasa. Foto tangkap layar video Suara Sarawak
Keadaan di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di LTAB Kuching yang mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang pada Selasa. Foto tangkap layar video Suara Sarawak
A
A
A

SHAH ALAM - Sebahagian struktur siling di laluan kawasan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang pada Selasa.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas sudah dikawal, manakala pasukan berkaitan berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan.

"Malaysia Airports mengambil maklum mengenai insiden tersebut.

"Kawasan yang terjejas telah dikawal dan pasukan kami berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan serta menyelaras tindakan susulan yang diperlukan," katanya pada Selasa.

Menurut Malaysia Airports, operasi lapangan terbang masih berjalan seperti biasa.

Katanya, usaha ketika ini tertumpu kepada memastikan akses selamat ke terminal selain mengurangkan kesulitan kepada penumpang susulan kejadian berkenaan.

"Keutamaan kami adalah keselamatan dan kesejahteraan penumpang, pengguna lapangan terbang serta kakitangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!