PPS berisiko dalam penularan Covid-19: Dr Noor Hisham

Pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka berikutan beberapa kawasan dilanda banjir boleh membawa risiko penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) di kalangan mangsa dan petugas. Foto: Bernama
Pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka berikutan beberapa kawasan dilanda banjir boleh membawa risiko penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) di kalangan mangsa dan petugas. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka berikutan beberapa kawasan dilanda banjir boleh membawa risiko penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) di kalangan mangsa dan petugas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penularan wabak itu boleh berlaku berikutan penghuni PPS yang ramai.

"Langkah-langkah pencegahan Covid-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab," katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan panduan pencegahan dan pengurusan Covid-19 di PPS bermula daripada proses pemindahan mangsa sehingga ke proses selepas tamat penempatan.

"Panduan ini boleh diguna pakai oleh semua pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPS semasa kejadian bencana," katanya.

Beliau berkata, antara cadangan yang disarankan adalah penghadang, kubikel atau khemah perlu dijarakkan sekurang-kurangnya dua meter.

"Makanan disediakan dengan pembungkusan individu selain perlu melakukan sanitasi yang kerap di kawasan guna sama," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, ruang khas untuk isolasi perlu disediakan bagi mengasingkan mereka yang bergejala.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa banjir yang mendaftar masuk ke PPS dan mempunyai gejala serta sejarah kontak rapat atau pulang dari luar negara akan ditempatkan di ruangan isolasi di PPS," katanya.

Setakat ini, 18 PPS telah dibuka di Johor, Pahang, Selangor dan Melaka yang menempatkan 1,267 individu terjejas akibat banjir.