X

Kindly register in order to view this article
!

Sanggup bahayakan nyawa anak demi sekeping gambar

Video tersebut menjadi tular di laman sosial terkenal China, Weibo.
A
A

BEIJING - Tindakan seorang lelaki yang sanggup membahayakan nyawa anaknya demi mendapatkan gambar yang unik dikecam netizen semalam.

Sebuah rakaman video yang tular di laman sosial Weibo menunjukkan, seorang kanak-kanak memegang tangan bapanya manakala kakinya bertahan pada tebing dinding konkrit sementara seorang lagi anak lelakinya cuba mengambil gambar dari arah belakang.

Aksi berbahaya itu dirakam sekumpulan pelancong ketika berkunjung ke kawasan pergunungan dikenali sebagai Jalan Hongjing yang terletak di daerah Fangshan dekat Beijing, China.

Video tersebut mendapat lebih 13 juta tontonan dalam tempoh 24 jam dan rata-rata pengguna laman itu mengecam tindakan lelaki tersebut yang didakwa tidak bertanggungjawab serta membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, menurut laporan The Daily Mail, sehingga kini identiti kanak-kanak itu dan ahli keluarganya masih belum dapat dikenal pasti. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!