22 terbunuh nahas bot karam di Uganda

Bot nelayan turut membantu mengangkat mayat penumpang bot yang terbunuh dalam kejadian kelmarin.
Bot nelayan turut membantu mengangkat mayat penumpang bot yang terbunuh dalam kejadian kelmarin.
A
A
A
MUTIMA - UGANDA. Sekurang-kurangnya 22 orang disahkan terkorban dan lebih 60 yang lain dikhuatiri hilang selepas sebuah bot mewah karam berhampiran Tasik Victoria di Tanzania, kata polis hari ini.

Dalam kejadian semalam, bot malang itu dipercayai membawa kira-kira 100 penumpang sebelum tenggelam dalam keadaan cuaca buruk tidak jauh dari pantai Mutima di daerah Mukono.

"Setakat ini, hanya 26 orang berjaya diselamatkan. Menurut salah seorang saksi yang terselamat, terdapat lebih 90 penumpang berada di atas bot itu semasa ia karam," kata pengarah operasi polis, Asuman Mugenyi.

Tambah Mugenyi, cuacaa buruk dan lebihan muatan dipercayai punca kejadian.

"Penumpang berpesta di atas bot. Mereka dikatakan minum arak, menari dan menyanyi. Malangnya, ada penumpang mabuk ketika bot itu karam," ujarnya.
Artikel Berkaitan:


Katanya lagi, usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa yang hilang. - AFP