Bomba lengkap PPE usung mayat turun pangsapuri

Anggota bomba lengkap dengan sut PPE membawa turun mayat lelaki menggunakan tangga di Kampung Baru, hari ini.
Anggota bomba lengkap dengan sut PPE membawa turun mayat lelaki menggunakan tangga di Kampung Baru, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 13 anggota bomba lengkap dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE) membantu polis membawa turun mayat seorang lelaki dari sebuah pangsapuri di Kampung Baru, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang dan menghantar anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Nooridzwan Mohd Noor berkata, polis memaklumkan lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia dua hari lepas.

"Anggota bomba bertindak menurunkan mayat menggunakan pengusung melalui tangga pangsapuri berkenaan.

"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.06 petang, " katanya.

Artikel Berkaitan: