Kerajaan komited atasi isu transgender: Zulkifli

Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

ALOR GAJAH - Kerajaan tidak pernah meminggirkan isu berkaitan transgender di negara ini dan akan menyelesaikan secara berhemah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan khusus bagi mencari solusi terbaik menangani isu berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pada masa sama, katanya, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bersama mencari titik persamaan dan kerjasama dalam menyelesaikan konflik masyarakat itu.

"Apa yang lebih penting ialah mencari keredaan ALLAH bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu transgender di negara ini.

"Dalam keadaan seperti ini, Islam tidak pernah mengangkat budaya luar untuk dijadikan sebagai budaya biasa yang lari dari fitrah normal manusia.

"Jadi di sinilah cara kita perlu membetulkannya supaya kita sentiasa berada pada asas normal berdasarkan apa yang ALLAH SWT ciptakan. Kalau lelaki lelakilah ia, kalau perempuan maka perempuanlah ia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Inspirasi Musa'adah Covid-19 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di Rembia di sini hari ini.

Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai transgender yang didakwa kebal daripada sebarang tindakan pihak berkuasa agama.

Artikel Berkaitan: