Ahli Pas sedia jadi 'tempoyak dalam budu'

Dr Azman (duduk, dua kiri) bersama barisan kepimpinan Dun Jambi.
Dr Azman (duduk, dua kiri) bersama barisan kepimpinan Dun Jambi.
A
A
A

JAB I- Petugas Pas perlu memahami konsep perjuangan mereka dalam parti agar tidak berlaku lompat parti hanya kerana ingin nama dijulang.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, Pas adalah bukan parti yang mengejar nama tetapi perjuangannya membawa dasar untuk meletakkan Islam di peringkat teratas.

Menurutnya, petugas parti perlu sentiasa bersedia menjadi seperti ‘tempoyak’ yang akan diletakkan dalam budu.

“Jangan fikir nak menjadi seperti hantaran kahwin sekiranya nak kekal lama dalam parti.

"Adakala naik ke pentas, kadang kene pakai baju batik, ada ketika berkot dan kita tidak merasa pelik sekiranya digelar 'tok lebai' sebab kita faham lumrah perjuangan yang sebenar,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TIndakan Dun Jabi berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Berkelompok Pas Cawangan Dun Jabi di Dewan Sivik Jabi, di sini.

Menuruntya, pekerja parti juga disaran agar memberi penekanan kepada gerak kerja pengukuhan parti di setiap peringkat,

“Sesibuk mana dengan urusan kerajaan, parti jangan dipinggirkan sama sekali manakala mesyuarat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), mesyuarat cawangan, pemuda, muslimat wajib diteruskan kerana ia keutamaan bagi mengekalkan kemenangan kita," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri merangkap Adun Jabi.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengingatkan untuk petugas parti bersiap sedia sekiranya cadangan penubuhan umur pengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun dilaksanakan.

“Cuba bayangkan anak 18 tahun, nak isi minyak motor pun minta dengan kita tapi boleh mengundi. Ini satu cabaran bukan kecil bagi kita,” katanya.