X

Kindly register in order to view this article
!

PNS sedia program pembangunan francaisor bantu usahawan

Webinar Bizfrancais Siri Kedua: Sistem Francais dan Kelebihan di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyediakan program pembangunan francaisor bagi membantu syarikat atau usahawan dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Ketua Jabatan Pembangunan dan Pemasaran Francais, PNS, Md Nazid Mohd Noor berkata, pihaknya akan berperanan dalam memberi panduan dan nasihat kepada syarikat yang mempunyai ciri untuk menjadi francaisor.

Menurutnya, menerusi program tersebut, francaisor akan dibantu sehingga ia didaftar dengan bahagian pembangunan sebagai satu perniagaan francais.

"Sudah tentu ciri yang diperlukan (bagi program pembangunan francaisor) adalah mempunyai jenama yang telah didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), mempunyai rekod kewangan dan sebagainya.

"Selain itu, kami juga akan membantu memantapkan lagi perniagaan francaisor yang mungkin ada sesetengah mereka berasakan ada kekurangan yang boleh ditambah baik," katanya pada Webinar Bizfrancais Siri Kedua: Sistem Francais dan Kelebihan di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Selain Md Nazid, program itu turut menampilkan dua panelis lain iaitu Pengurus Operasi MD Foodstuff Sdn Bhd (MD Putu Bambu World), Mohamad Hassan dan Penasihat Francais Bebas, Shahrul Azlan Mohd Zulkifli.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus