X

Kindly register in order to view this article
!

'Kenangan terindah bersama Proton Saga'

Paparan akaun Twitter Tun Dr Mahathir menarik perhatian ramai.
A
A

SHAH ALAM - Sempena 35 tahun pengeluaran kereta Proton Saga hari, ramai yang berkongsi kenangan terindah mereka bersama kereta jenama pertama negara itu di media sosial.

Proton Saga generasi pertama dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir menerusi Twitternya turut memberi ucapan selamat ulang tahun kepada Proton Saga yang ke-35.

Menerusi bebenang di akaun Twitter itu, ramai netizen berkongsi gambar mereka bersama kereta Proton Saga yang masih digunapakai sehingga kini.

Menurut pelayar Twitter dikenali @imaranidris berkata, dia turut memiliki sebuah kereta Proton Saga kepunyaan arwah bapanya.

Netizen bangga memiliki Proton Saga sehingga kini. Netizen berkongsi kemegahan bersama Proton Saga miliknya sudah berusia 35 tahun.
Netizen bangga memiliki Proton Saga sehingga kini. Netizen berkongsi kemegahan bersama Proton Saga miliknya sudah berusia 35 tahun.

"Saya juga mempunyai satu. Kepunyaan arwah ayah saya. Satu pemilik dan auto, ia kumpulan pertama tahun 1991. Masih boleh berjalan dan kekal asal seperti dahulu," katanya.

Kata @zkiraimana, "Kereta pertama ayah Proton warna putih, dari kecil sampai ke sekarang masih ada."

Tambah @amtoi, "Alhamdulillah...Saga terus panjangkan usia... walau dalam pelbagai bentuk, sebagai rakyat Malaysia, saya bangga. Negara kita yang kecil mampu jadi pengeluar kereta berjenama sendiri. Tahniah."

Sementara itu, kata @mirul, bapanya antara peminat setia kepada jenama Proton sejak dari dulu sehingga kini.

"Abah dari dulu sampai sekarang memang beli kereta Proton. Dari memilih Proton Saga, Tiara dan Wira. Sekarang masih kekal pakai Proton Exora," ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf