Remaja kayuh basikal lebih 1,000km

Jyoti kayuh basikal sejauh lebih 1,000km untuk membawa bapanya pulang. - Foto Hindustan Times
Jyoti kayuh basikal sejauh lebih 1,000km untuk membawa bapanya pulang. - Foto Hindustan Times
A
A
A

BIHAR - Seorang remaja nekad mengayuh basikal sejauh 1,126 kilometer mengambil masa lapan hari dari Bihar ke Haryana, India untuk membawa bapanya pulang setelah menganggur akibat wabak Covid-19.

Jyoti berbekalkan sebotol air dan di sepanjang perjalanan hanya menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dengan bapanya serta melaporkan keselamatannya terjamin, lapor Hindustan Times.

Mendapat jolokan ‘Bicycle-Girl’, Jyoti nekad melaburkan kesemua wang simpanannya berjumlah 1,537 rupee (RM88) untuk membeli basikal dan kos perbelanjaan perjalanan pergi serta pulang.

Jyoti Kumari akhirnya berjaya membawa bapanya, Mohan Paswan pulang dengan selamat.

Selain menganggur, Mohan juga mengalami kecederaan setelah kemalangan di tempat kerja membuatkan pergerakan terbatas.

Setelah kisah penuh inspirasi tular meluas di laman sosial, prestasi luar biasa Jyoti mendapat perhatian media antarabangsa.

Jyoti mendapat jemputan untuk pemilihan atlet berbasikal dari National Team of India Cyling Union namun menolak kerana mahu mengutamakan pelajarannya terlebih dahulu.

Bapanya memberi jaminan akan menghantar Jyoti untuk mengikuti pemilihan pasukan kebangsaan setelah anak perempuannya menamatkan pengajian di peringkat menengah.

Artikel Berkaitan: