PN teruskan Pelan Antirasuah Nasional

Muhyiddin ketika menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.Foto: Bernama
Muhyiddin ketika menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan Pelan Antirasuah Nasional yang dilancarkan oleh pentadbiran terdahulu bagi memastikan negara bersih dan berintegriti.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak akan berkompromi terhadap perkara tersebut.

"Pelan Antirasuah Nasional yang dipersetujui bersama oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan bagi menentukan urusan pentadbiran berlandaskan undang-undang," katanya ketika menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada 29 Januari tahun lalu, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Pelaksanaan pelan itu dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Ia dibangunkan khusus untuk menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti serta tadbir urus.

Artikel Berkaitan: