X

Kindly register in order to view this article
!

24 ahli badan bebas SPRM terima surat cara, pelantikan

Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR). -foto BERNAMA
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima surat cara dan pelantikan hari ini.

Mereka yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Panel Penilaian Operasi (PPO).

Surat cara dan pelantikan dalam badan bebas bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di sini.

SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata, seramai tujuh ahli LPPR telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.

Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694), katanya.

Ahli-ahli LPPR:

1. Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi)

2. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

3. Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang

4. Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar

5. Pengarah Urusan The IA Group, Datuk Dr Hamzah Kassim

6. Pengarah Urusan DC&A Group, Datuk David Chua Kok Tee

7. Professor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia

SPRM berkata, seramai 12 ahli PPPR dan lima ahli PPO pula dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.

“Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022 manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April 2020 hingga 30 Mei 2022," katanya.

Ahli-ahli PPPR:

1. Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi)

2. Pengarah Hal Ehwal Semasa dan Faktual TV dan Digital Primeworks, Datuk Manja Ismail

3. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Profesor Dr Azizan Baharuddin

4. Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Profesor Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez

5. Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya

6. Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez

7. Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha

8. Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail

9. Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan, Norita Che Ali

10. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan

11. Pengarah Urusan Skop Productions Sdn. Bhd, Datuk Md Yusof Md Aslam

12. Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners, Datuk Baljit Singh Sidhu/p>

Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR). --foto BERNAMA
Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR). --foto BERNAMA

Ahli-ahli PPO:

1. Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)

2. Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia, Dr Mazlan Haji Ahmad

3. Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDNM, Datuk Abdul Manap Dim

4. Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat

5. Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Kastam, Datuk Azimah Abdul Hamid- Bernama/p>

Ahli Panel Penilaian Operasi (PPO). -foto BERNAMA
Ahli Panel Penilaian Operasi (PPO). -foto BERNAMA


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!