'Kalau PH menang, takut nanti PRK sekali lagi'

Paparan skrin kenyataan Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
Paparan skrin kenyataan Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat menyelesaikan siasatan terhadap tuduh-tuduhan mengenai kesalahan PH dalam PRK Cameron Highlands.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, beliau bimbang keputusan berkenaan bakal dibatalkan lagi jika calon PH menang pada PRK itu nanti.

“Kes-kes seperti "duit minyak", kes ugut pengundi Orang Asli, kes penyalahgunaan aset-aset kerajaan, kes jenayah menghalang calon BN dan kes Timbalan Menteri PH mencereboh ke dalam kenderaan peribadi calon BN untuk merampas telefon bimbit perlu diselesaikan secepat mungkin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands hilang kelayakan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Ramli buat dua laporan polis]

“Nanti PRK ke atas PRK lagi, hanya menyusahkan orang ramai dan membazir duit,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Justeru katanya, tuduhan mengenai kesalahan PH dalam PRK Cameron Highlands sebelum hari mengundi itu perlu disiasat dengan sebaiknya.

Terdahulu, PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Oktober lepas, membatalkan kemenangan calon BN Datuk C Sivarraajh pada PRU14 ekoran berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.

Artikel Berkaitan:

SPR menetapkan 26 Januari ini tarikh pengundian.