Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands hilang kelayakan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh hilang kelayakan dalam mana-mana pilihan raya berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya mensabitkannya dengan amalan rasuah pada PRU 14 yang lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun dalam kenyataannya berkata, Sivarraajh tidak boleh didaftarkan sebagai pemilih atau tidak boleh dipilih dalam tempoh lima tahun.

"Perintah itu berkuat kuasa bermula 13 Disember 2018," katanya.

Menurutnya, SPR mengambil langkah-langkah yang sewajarnya seperti mana yang diperuntukan di bawah akta dan peraturan berkaitan pilihan raya yang sedia ada.

"Setelah mengkaji keseluruhan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bertarikh 30 November 2018 dan Perakuan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 36(2)(a) dan Laporan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 37 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], bertarikh 13 Disember 2018 serta pandangan undang-undang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya [Akta 5], " katanya.

Pada 30 November lalu, Hakim Azizah Nawawi mengumumkan kerusi yang disandang Sivarraajh itu terbatal dan tidak sah selepas calon DAP, M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan BN semasa pilihanraya itu.

Artikel Berkaitan: