TUDM bawa pesakit perlu pembedahan segera

TUDM hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit lelaki yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Foto: Facebook TUDM
TUDM hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit lelaki yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Foto: Facebook TUDM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit lelaki yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, Suhaidin Naim,50, diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah, ke Pangkalan Udara Subang dekat sini pada jam 1.30 tengah hari menggunakan pesawat A400M.

“Pesawat dikendalikan Kapt Mohd Fitrie Idham Kamaruddin dan Kapt Wan Ubaidullah Wan Hanapi bersama lima kru pesawat tiba pada jam 5.40 petang.

“Suhaidin yang mempunyai masalah salur darah bahagian leher dan menyebabkan lumpuh memerlukan pembedahan segera di HKL,” menurut kenyataan itu.

TUDM melaksanakan tanggungjawab sosial ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan diharap usaha murni ini dapat membantu ke arah memastikan kesejahteraan rakyat serta negara terus terjaga. - Bernama

Artikel Berkaitan: