Hang Soon bidas pihak politikkan kesilapannya

Hang Soon menjelaskan berhubung keratan gambarnya yang cuba dipolitikkan pengendali laman Facebook berkenaan
Hang Soon menjelaskan berhubung keratan gambarnya yang cuba dipolitikkan pengendali laman Facebook berkenaan
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Mah Hang Soon membidas pihak yang dilihat sengaja mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu kesilapannya yang tersalah letak logo kementerian pada Facebook rasminya baru-baru ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pengendali Facebook 'Saya Sayang Tun Dr Mahathir' yang membuat satu hantaran di laman Facebook tersebut menggunakan keratan gambar dirinya.

"Pengendali Facebook berkenaan telah ambil keratan gambar daripada page saya mengatakan 'Sudah boleh guna Bahasa Cina untuk Kementerian'.

"Saya telah mengatakan bahawa 'page ini' ialah 'page' rasmi saya.

"Walaupun saya tersilap letak logo kementerian dan telah edit sewajarnya, ia tidak sepatutnya digoreng oleh pihak sana untuk menimbulkan isu perkauman," katanya di Facebook semalam.

Timbalan Presiden MCA itu berkata, 'pihak sebelah sana' dilihat telah kehabisan modal politik untuk menyerang kerajaan.

"Kalau pihak belah sana ingin bermain politik, rujuklah kepada page rasmi.

"Ramai pembaca tidak tahu kewujudan page ini dan saya tegaskan bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi untuk urusan kementerian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama di Facebooknya, Hang Soon turut memaklumkan semalam merupakan perayaan Duan Wu dan kaum Cina akan menikmati dumpling dan pertandingan perahu naga.

"Perayaan ini untuk mengingati seorang pegawai kerajaan di negara Chu, zaman perang ribuan tahun lalu yang bernama Qu Yuan. Beliau seorang yang taat kepada negaranya yang telah dimusnahkan oleh negara Qin.

"Duan Wu mengingatkan kami semua untuk memberikan taat kepada tanah air kita, iaitu Malaysia tercinta," katanya.