Suami isteri cuba bunuh menteri dipenjara

Perbicaraan dilakukan menerusi sidang video susulan sekatan akibat Covid-19. - AFP
Perbicaraan dilakukan menerusi sidang video susulan sekatan akibat Covid-19. - AFP
A
A
A

JAKARTA - Sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah Indonesia hari ini.

Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara ke atas Syahrial Alamsyah, 51, manakala isterinya, Fitria Diana, 21, dihukum sembilan tahun penjara selepas disabit bersalah atas cubaan membunuh Menteri Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto dalam kejadian di Pulau Jawa pada Oktober tahun lalu.

Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman lebih berat iaitu masing-masing 16 tahun dan 12 tahun penjara ke atas pasangan terbabit.

Seorang lagi tertuduh iaitu defendan ketiga dijatuhi hukuman lima tahun penjara atas tuduhan keganasan yang dikaitkan dengan serangan berasingan dirancang bersama Syahrial tahun lalu.

Pendengaran kes dilakukan menerusi sidang video susulan sekatan akibat Covid-19.

Dalam kejadian tahun lalu, Syahrial menikam bahagian perut Wiranto ketika beliau mengadakan lawatan kerja di Pandeglang di Banten.

Akibat serangan itu, Wiranto mengalami kecederaan di abdomen namun tidak mengancam nyawa.

Menurut keterangan mahkamah, Syahrial merupakan anggota Jamaah Ansharut Daukah (JAD), sebuah kumpulan radikal yang dikaitkan dengan beberapa serangan ganas di republik itu termasuk serangan bunuh diri di sebuah gereja di Surabaya pada 2018.

Artikel Berkaitan:

Serangan itu menyebabkan puluhan nyawa melayang. - AFP