Nelayan hilang di bukit belakang rumah

x-default
x-default
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang nelayan dikhuatiri hilang apabila tidak pulang selepas keluar ke kawasan Bukit Damar, Jalan Kampung Merdeka, Tikam Batu, di sini sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pencarian mangsa yang berusia 34 tahun itu dilakukan kira-kira jam 2 petang selepas menerima laporan kehilangan mangsa daripada bapanya.

Beliau berkata, seramai lima anggota polis bersama enam penduduk kampung berusaha mencari lelaki berkenaan namun tiada sebarang kesan atau maklumat diperoleh.

"Kita menamatkan operasi mengesan mangsa kira-kira jam 6 petang sebelum meneruskannya semula kira-kira jam 9 pagi hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang lelaki dikhuatiri hilang di kawasan Bukit Damar, Jalan Kampung Merdeka, Tikam Batu, dekat sini, sejak semalam.
Seorang lelaki dikhuatiri hilang di kawasan Bukit Damar, Jalan Kampung Merdeka, Tikam Batu, dekat sini, sejak semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kehilangan lelaki itu daripada orang awam kira-kira jam 7.05 pagi.

Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat lelaki itu.

Katanya, bomba memberhentikan operasi dan menyelamat lelaki ini selepas menerima nasihat dari polis dan operasi tamat kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: