Pegawai Beijing dakwa wabak terkawal

Seorang pekerja kesihatan melakukan ujian swab pada seorang wanita ketika ujian Covid-19 besar-besaran di Beijing hari ini. - Foto AFP
Seorang pekerja kesihatan melakukan ujian swab pada seorang wanita ketika ujian Covid-19 besar-besaran di Beijing hari ini. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Wabak koronavirus (Covid-19) yang menjangkiti seramai 256 orang di Beijing sejak awal bulan ini adalah terkawal, kata pegawai di ibu negara China hari ini.

"Pandemik di Beijing yang berkaitan secara langsung dengan Pasar Xinfadi kini dalam kawalan tetapi pada masa yang sama kami telah mengesan jangkitan kluster isi rumah dan tempat kerja serta penularan komuniti.

"Situasi pencegahan dan kawalan tetap rumit. Kami tidak boleh mengurangkan pemantauan walau sedikit pun," kata jurucakap kerajaan Beijing, Xu Hejian.

Sebanyak 253 daripada 256 kes di Beijing dikaitkan dengan Pasar Xinfadi di selatan bandar raya itu, manakala pencarian untuk tiga lagi kes masih giat dijalankan.

Hari ini, Beijing mengumumkan tujuh kes baharu dengan kadar jangkitan dilaporkan semakin perlahan sejak awal minggu ini.

Sejak kes pertama diumumkan pada 11 Jun lalu, pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk mengekang penularan virus di pasar terbabit yang membawa kepada 'lockdown' di sebahagian Beijing. - AFP

Artikel Berkaitan: