X

Kindly register in order to view this article
!

Adik PM Singapura sertai parti pembangkang

Lee Hsien Yang menyertai Parti Kemajuan Singapura yang menjadi pembangkang di negara itu sebelum pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai depan. - Foto AFP
A
A

SINGAPURA - Lee Hsien Yang iaitu adik Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong secara rasmi menyertai Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang menjadi pembangkang di negara itu, lapor akhbar The Straits Times pada 24 Jun.

Beliau menyertai parti tersebut sebelum pilihan raya umum Singapura diadakan pada 10 Julai depan.

Hsien Yang, 62, menyertai pemimpin PSP, Dr Tan Cheng Bock pada awal pagi Rabu ini untuk berjalan kaki di pasar Tiong Bharu.

Dengan memakai baju T berwarna merah dan putih serta topi, bekas ahli korporat itu berkata, beliau akan mendedahkan kepada pengundi sama ada akan bertanding pada pilihan raya nanti.

"Saya menyertai parti ini kerana berpendapat bahawa Dr Tan (Cheng Bock) komited untuk melakukan perkara yang betul untuk Singapura dan rakyat Singapura serta beliau menyayangi negara ini.

"Beliau (Cheng Bock) telah membawa bersama sekumpulan orang yang berkongsi visinya yang saya percaya akan membina Singapura yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, Cheng Bock berkata, Hsien Yang menyertai parti itu tiga bulan lalu tetapi menyerahkan kad keahlian PSPpada hari Rabu berikutan pandemik Covid-19. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!