Sekolah ditutup sekiranya ada kes positif Covid-19

Dr Noor Azmi Ghazali (kanan) mengadakan lawatan dan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya hari ini, FOTO:ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dr Noor Azmi Ghazali (kanan) mengadakan lawatan dan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya hari ini, FOTO:ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menutup sekolah sekiranya terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan pelajar dan kakitangannya.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Azmi Ghazali berkata, tindakan itu merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP) kementerian dalam mendepani pandemik itu.

"Saya percaya sekiranya berlaku sekolah akan ditutup buat sementara waktu," katanya.

Suasana semasa lawatan dan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya hari ini. FOTO:ASRIL ASWANDI SHUKOR
Suasana semasa lawatan dan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya hari ini. FOTO:ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurutnya, KKM akan menjalankan pengesanan aktif bagi mengesan kontak rapat yang terlibat.

"Yang positif Covid-19 sudah tentu kita asingkan dan merawatnya di hospital," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali.

Terdahulu Azmi meluangkan masa hampir sejam bagi meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Azmi berkata, beliau berpuas hati dengan SOP yang dijalankan oleh kakitangan sekolah.

"Saya sangat berpuas hati kerana pihak sekolah telah mengambil tindakan dua minggu lalu sebelum sekolah di buka hari ini," katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan SOP terus dipatuhi, KKM bersama polis dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melakukan pemeriksaan mengejut di sekolah.

"Ini bagi memastikan tiada berlakunya perhimpunan dan penjarakan sosial dipatuhi," katanya.

Katanya, KKM akan menyemak semula SOP yang dijalankan sepanjang tiga hari pertama persekolahan dibuka bermula hari ini.

"Pada Sabtu dan Ahad ini kita akan melihat kembali SOP yang digunakan ini sama 'okay' atau tidak ataupun perlu pertingkatkan," katanya.

Sesi persekolahan dibuka bagi Tingkatan Lima dan Enam di seluruh negara bermula hari ini selepas ia ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.