X

Kindly register in order to view this article
!

Kereta peronda Honda Civic tingkat tahap perkhidmatan PDRM

Baharudin menyampaikan simbolik penyerahan kereta peronda baharu kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen Shah Alam hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Penggunaan kereta peronda baharu model Honda Civic 1.8 untuk tugasan rondaan mampu meningkatkan tahap perkhidmatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke tahap lebih baik.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, pemilihan kereta Honda Civic 1.8 ini dibuat selepas ujian teknikal pihaknya bersama syarikat Spanco Sdn Bhd bagi menggantikan kereta peronda yang telah tamat tempoh.

"Penerimaan jumlah kereta ini diterima sejak awal Jun lalu secara berperingkat sehingga pertengahan Julai ini.

"Saya percaya penerimaan ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kerana model ini mempunyai kelebihan dari segi kepercayaan orang awam ke atas kenderaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pandangan yang diterima pihaknya daripada anggota rondaan mengatakan ia juga dapat meningkatkan tahap keyakinan, suasana kerja yang lebih meyakinkan selain prestasi yang baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata berkata, di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah menerima lima buah kereta peronda baharu ini bagi fasa pertama.

"Kereta baharu ini bagi menggantikan Proton Waja yang telah uzur.

"Apa yang saya lihat, penerimaan kereta ronda baharu ini dapat meningkatkan imej polis secara amnya dan berharap ia dapat meningkatkan keberkesanan rondaan cegah jenayah," katanya kepada Sinar Harian.

5 Jun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 425 kereta peronda baharu model Honda Civic 1.8 untuk tugasan rondaan.

Kenderaan yang dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka (dashcam) dan perakam video digital mudah alih itu, disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima tahun melalui peruntukan mengurus 2020.

Selain itu, PDRM juga akan menerima 850 lagi kenderaan peronda, meliputi 197 model Proton X70 1.8 dan 653 model Honda Civic 1.8, bagi tujuan penggantian kenderaan sedia ada bermula Julai hingga September ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!