Presiden Pas ucap takziah kepada keluarga Subky Abdul Latif

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Ahmad Subky Abdul Latif atau lebih dikenali dengan Subky Abdul Latif yang meninggal dunia di kediamannya di Taman Karak Utama, di sini pagi tadi.

Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, jasa dan pengorbanan Allahyarham Subky untuk perjuangan Pas amat besar dan sentiasa dikenang oleh para pendukung parti berkenaan.

"Marilah kita sama-sama mendoakan Almarhum dicucuri rahmat ALLAH, diterima amal ibadat dan jihadnya, diampunkan dosa-dosanya serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," katanya menerusi ciapan di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tokoh wartawan Subky Latif meninggal dunia

Allahyarham Subky dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 28 Julai 1940, berkahwin dengan Naznah Taha dan dikurniakan lima anak iaitu Dang Fatiha, Hang Muhammad Iftitah, Abdul Latif Rahbar, Muhammad Ramadhan Subky dan Ahmad Huzaifah.

Allahyarham memulakan karier kewartawanan dengan menjadi wartawan Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963 dan merupakan mantan wartawan kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu.

Artikel Berkaitan: