Kembalikan kuasa Raja Melayu, tarik balik Pindaan 1993

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran menyampaikan ucapan pada Majlis Tamat Tempoh Yang Dipertua Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran menyampaikan ucapan pada Majlis Tamat Tempoh Yang Dipertua Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Negara yang bersara, Senator Tan Sri SA Vigneswaran menyeru kepada kerajaan supaya menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, pindaan tersebut dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja dan telah mengurangkan kuasa Raja Melayu maka kedaulatan Institusi Diraja harus dikembalikan.

"Adalah hasrat saya sebagai Yang di-Pertua yang bersara untuk menyeru kepada kerajaan agar menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang hangat diperdebatkan sehingga kini.

"'I stand corrected'. Kita harus mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu seperti pada zaman kemerdekaan. Dalam banyak perkara penting, kuasa Raja-Raja Melayu sangat jelas diperlukan bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan masyarakat majmuk di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Tamat Tempoh Yang di-Pertuan Dewan Negara di bangunan Parlimen di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: