Piala Taming Sari: Perak muncul juara

Trio ini mengharumkan nama Perak setelah muncul juara bagi kejohanan Piala Taming Sari Triples Open Lawn Bowl di Arena Lawn Bowls Perak.
Trio ini mengharumkan nama Perak setelah muncul juara bagi kejohanan Piala Taming Sari Triples Open Lawn Bowl di Arena Lawn Bowls Perak.
A
A
A

"TERIMA kasih atas kejayaan ini,”

Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Nur Fidrah Noh, 32 setelah trio skuad Lawn Bowl Perak muncul juara bagi kejohanan Piala Taming Sari Triples Open Lawn Bowl di Arena Lawn Bowls Perak, semalam.

Katanya, kejayaan berkenaan sesuatu yang membanggakan dan inilah kali pertama dia serta dua lagi rakan sepasukan digandingkan bersama dalam satu kejohanan.

Bagaimanapun menurutnya, mereka telah berjaya membentuk keserasian dan seterusnya beraksi baik untuk muncul juara bagi kejohanan berkenaan.

“Ini gandingan pertama kami. Ya, laluan yang kami lalui memang agak perit, tetapi berkat keserasian kami berjaya muncul juara kali ini.

“Terima kasih kepada pihak Persatuan Lawn Bowl Perak kerana terus memberikan sokongan kepada kami untuk menyertai kejohanan ini,” katanya.

“Selepas ini dimaklumkan ada kejohanan klasik, jika tiada apa halangan kami mungkin akan sekali lagi digandingkan bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Nur Fidrah berkata berkenaan sempena majlis perasmian penutup kejohanan berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, petang tadi.

Artikel Berkaitan:

Selain Nur Fidrah, trio berkenaan turut dianggotai Ahmad Zikry Sazeli 18 dan Mohd Hafiz Mohd Isa, 24.

Sementara itu, Ahmad Faizal berharap agar sukan Lawn Bowl dapat diperluaskan dengan menganjurkan lebih banyak kejohanan dengan penglibatan orang ramai.

Malah katanya, sukan berkenaan juga boleh dianjurkan di peringkat sekolah dan seterusnya muncul sebagai antara sukan popular.

“Saya tertarik dengan apa yang dianjurkan petang ini iaitu satu kejohanan lawn bowl (boling padang) dan saya lihat mereka begitu bersemangat.

“Ia satu sukan keluarga kerana kita dapat lihat keluarga datang berikan sokongan, boleh bermain bersama . Lawn Bowl ini juga boleh jadi merakyatkan sukan,” katanya.