100 penduduk ditempatkan di tiga PPS

Jeck Seng (kanan) meninjau keadaan banjir di sekitar Pekan Nanas.
Jeck Seng (kanan) meninjau keadaan banjir di sekitar Pekan Nanas.
A
A
A

PONTIAN- Seramai kira- kira 100 penduduk daripada 36 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir melanda Pekan Nanas berikutan hujan lebat sejak pagi tadi.

Tiga PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan menempatkan lapan keluarga, SK Sri Bukit Panjang, 13 keluarga dan SK Kampung Sawah seramai 13 keluarga.

Semua mangsa dipindahkan sejak pagi tadi selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga 2 meter.

Ahli Parlimen Tanjung Piai yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang meninjau kawasan tersebut berkata, kawasan yang dinaiki air termasuk Parit Pasir, Kg Sawah, Taman Desa Damai, Kampung Sri Bukit Panjang dan Taman Bunga Teratai.

Seorang penduduk meredah banjir di Pekan Nanas.
Seorang penduduk meredah banjir di Pekan Nanas.

Beliau turut menyumbang makanan dan topeng muka kepada semua mangsa di pusat pemindahan berkenaan bagi meringankan beban mangsa banjir.

"Bencana kali ini adalah paling teruk melanda Pekan Nanas. Kehidupan penduduk terjejas berikutan banjir yang berlaku.

"Sehubungan itu perbincangan dengan pihak berkenaan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya banjir di kawasan ini dilakukan secepat mungkin," katanya.

Artikel Berkaitan: