Empat jalan di Muar tidak boleh dilalui

Jalan Bakri Batu 9 yang dinaiki air akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Jalan Bakri Batu 9 yang dinaiki air akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.
A
A
A

MUAR - Empat jalan di daerah Muar tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan selepas dinaiki air sejak pagi ini berikutan hujan lebat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ( JPBD) Muar memaklumkan jalan tersebut adalah Jalan Bakri Batu 9, Jalan Bakri Batu 10, Jalan Kangkar Senangar dan Jalan Dato Haji Kosai.

Hujan lebat mulai jam 5 pagi tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah antaranya Kampung Sabak Awor, Taman Bakariah dan Kampung Parit Jamil namun keadaan terkawal.

Keadaan jalan yang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Keadaan jalan yang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Setakat ini juga tiada pusat pemindahan sementara mangsa banjir dibuka.

Pemantauan berterusan akan dilakukan Polis Diraja Malaysia,, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Pengairan dan Saliran Meteorologi dan penghulu.

Artikel Berkaitan: