[VIDEO] 'Terketar-ketar dia tahan sakit depan aku...': Erma Fatima

Paparan Instagram perkongsian Erma Fatima.
Paparan Instagram perkongsian Erma Fatima.
A
A
A

"KAU lulus temu duga ini bukan kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik," demikian luah pengarah dan pelakon terhebat, Erma Fatima terhadap seorang calon temu duga yang gigih datang ke pejabatnya meskipun terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Erma Fatima berkata, pemuda itu terlibat kemalangan langgar lari dengan sebuah kenderaan semasa dalam perjalanan untuk menghadiri temu duga.

"Sebak mendengar kerana dia masih datang dalam keadaan berdarah. Terketar-ketar dia depan aku menahan sakit.

"Suruh dia pergi hospital namun tetap paksa aku temu duga dia. Memang kau sangat cekal dik, susah nak dapat orang secekal ini," tulisnya di entri Instagram miliknya.

Jelas pelakon drama bersiri Mak Cun itu, pemuda terbabit yang kemudian mendapatkan rawatan mengalami patah rusuk dan hati bengkak.

"Dia mesej kata mungkin sebulan lagi akan pulih dan suruh bagi jawatan itu kepada orang lain.

"Akak akan tunggu, kau lulus temu duga ini bukan kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik.

"Begitulah juga dedikasi kau dalam mencari rezeki," katanya mendoakan pemuda itu agar lekas sembuh.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian entri tersebut meraih simpati peminatnya malah memuji keikhlasan dan kesungguhan pemuda berkenaan.

Tidak kurang juga menyelar tindakan pemandu kenderaan yang melanggar pemuda tersebut tanpa bertanggungjawab atas perkara yang berlaku.

Erma Fatima juga memuat naik rakaman video kemalangan tersebut.

Perjalanan DIA ke ofis aku untuk temuduga dan mendapat kemalangan. Yg melanggarnya lari.. Sebak aku kerana DIA masih dtg temuduga dlm keadaan berdarah semata mata utk selesaikan juga temuduganya dgn aku. Terketar ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview dia. Kau sangat CEKAL dik... susah nk dpt org secekal kau. Dalam keadaan begitu kau masih usaha juga utk hadir temuduga. Dan aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak. Dia mesej kata mungkin 1 bulan lagi baru dia akn pulih. Dia suruh bg je jawatan tu pd org lain katanya. Akak akan tunggu... kau lulus temuduga ini bkn kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik. Moga begitu jugalh dedikasinya kau dlm mencari rezeki. Akak doakan kau cepat sembuh dan position utk kau sentiasa ada di syarikat akak. Akak tunggu..

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on Jun 18, 2020 at 6:46pm PDT