SPR benar calon PRK DUN Chini kempen ceramah

Azhar Azizan
Azhar Azizan
A
A
A

KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk memberi kelonggaran kepada calon dan parti berkempen secara berceramah dengan kapasiti tidak lebih 250 orang pada satu-satu masa di premis tertutup.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, prosedur operasi standard (SOP) khas untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N23 Chini itu diubah susulan keputusan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan pada 16 Jun lalu.

"Penganjur perlu memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka, sanitasi dan saringan suhu serta pendaftaran.

ARTIKEL BERKAITAN: SPR sokong langkah KKM

Peluang BN menang percuma di PRK DUN Chini

Anak Najib akur tidak dipilih sebagai calon PRK DUN Chini

"Bagi aktiviti kempen dari rumah ke rumah pengundi dan walkabout pula, hanya tiga individu sahaja dibenarkan sama ada calon atau penyokong parti pada satu-satu masa dan tempat.

"Aktiviti bersentuhan atau bersalaman dengan bakal pengundi sama sekali tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Azhar berkata, calon juga digalakkan memaksimumkan kaedah kempen secara dalam talian atau melalui saluran media sosial.

Menurutnya, calon atau parti hanya dibenarkan membuka satu bilik jawatankuasa (Bilik Gerakan Utama) dan tiada Bilik Gerakan Kecil atau tempat berkumpul lain dibenarkan.

"SPR melalui tiga Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) akan memantau semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan terhadap garis panduan pencegahan Covid-19 ini.

"Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen pada PRK Chini diingatkan mematuhi semua undang-undang, peraturan, etika kempen pilihan raya dan garis panduan pencegahan Covid-19 sepanjang tempoh

kempen pilihan raya yang bermula selepas perisytiharan calon pada 20 Jun 2020 sehingga jam 11.59 malam, 3 Julai 2020," katanya.