Tidak hormat logo parti boleh dikenakan tindakan: Bersatu

Hamzah mengingatkan ahli-ahli untuk menghormati logo parti selepas tersebarnya logo parti itu berwarna hitam dan putih di media sosial, baru-baru ini.
Hamzah mengingatkan ahli-ahli untuk menghormati logo parti selepas tersebarnya logo parti itu berwarna hitam dan putih di media sosial, baru-baru ini.
A
A
A

IPOH - Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengingatkan ahli-ahli untuk menghormati logo parti selepas tersebarnya logo parti itu berwarna hitam dan putih di media sosial, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan boleh diambil sekiranya ada dalam kalangan ahli yang mempermainkan logo parti.

"Logo merupakan lambang dan sebagai ahli yang benar-benar menyayangi partinya, lambang itu sepatutnya dihayati oleh kita semua. Ahli-ahli sepatutnya mempertahankan logo tersebut.

"Kepada mereka yang mempermainkan logo bermakna mereka juga tidak menyayangi parti mereka sendiri.

"Saya syorkan supaya mereka tidak lakukan lagi kerana tindakan boleh diambil," katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan pemimpin Bersatu yang memuat naik logo parti berwarna hitam putih.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Pangkat Posthumous, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan bagi Sarjan Safwan Mohamad Ismail di Mes Pegawai Kanan Polis Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Bersatu pro Tun M lancar kempen 'blackout'

Artikel Berkaitan:

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan sebilangan penyokong Bersatu pro Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan kempen 'blackout' dengan menukar warna logo parti itu.

Inisiatif itu dimulakan oleh sebuah akaun Facebook Bersatu.TV yang mempunyai lebih 17,000 pengikut sebagai tanda protes bagi memastikan parti itu kembali ke agenda perjuangan asal.