MISC hanya sesuai untuk tokoh korporat, pesara politik: Noh

Tan Sri Noh Omar
Tan Sri Noh Omar
A
A
A

TANJONG KARANG - Tindakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah MISC Bhd (MISC) tiada kaitan dengan isu politik sebaliknya atas dasar prinsip iaitu memberi keutamaan kepada rakyat dan negara.

Noh berkata, beliau aktif di kawasan Parlimennya dan terpaksa menolak jawatan yang ditawarkan terutama dalam keadaan negara sedang dilanda penularan wabak Covid-19.

"Apabila saya dilantik memegang sesuatu jawatan saya perlu melihat sumbangan dan khidmat yang boleh diberikan kepada rakyat serta membantu polisi kerajaan.

"Kalau setakat menjadi pengerusi MISC, walaupun elaunnya hampir 30,000 itu bukanlah matlamatnya kerana sebagai ahli Parlimen saya perlu memikirkan sumbangan yang boleh diberikan bukan sahaja kepada penduduk Tanjong Karang tetapi mungkin di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akbar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Noh Omar letak jawatan Pengerusi MISC

Noh berkata, jawatan dalam MISC hanya sesuai diberikan kepada ahli korporat dan pesara politik kerana ia hanya berorientasikan keuntungan dan fokus terhadap syarikat semata-mata.

Semalam, MISC mengumumkan Noh yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 1 Jun lalu, telah meletak jawatannya.

MISC dalam satu kenyataan berkata, Noh membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan: