Tindakan tegas jika bersubahat seludup PATI

Muka hadapan Sinar Harian hari ini.
Muka hadapan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – National Task Force (NTF) memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam industri maritim supaya tidak terlibat dengan dalang penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

NTF dalam satu kenyataan hari ini turut mengingatkan nelayan, pemilik dan operator bot serta pemancing yang didapati bersalah menguruskan penyeludupan masuk PATI ke negara ini bakal berdepan tindakan undang-undang.

Menurut kenyataan itu, mereka boleh didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selain berdepan pembatalan lesen menangkap ikan, memancing dan lesen mengoperasikan bot penumpang atau rekreasi.

"Sehingga kini lebih 300 tekong dan dalang warga tempatan telah dikenal pasti terlibat dalam kegiatan itu dan sedang diburu oleh pihak berkuasa.

"Tindakan penguatkuasaan ini bukan sahaja tertumpu di perairan merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi di semua sempadan daratan negara," kata kenyataan itu.

NTF menerusi Op Benteng akan menggempur sehingga ke akar umbi bagi memastikan tiada pendaratan PATI khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengelak risiko jangkitan wabak Covid-19 serta tiada pelanggaran undang-undang dilakukan.

[ARTIKEL BERKAITAN] - 18 anggota pasukan keselamatan disyaki terlibat sindiket jenayah ditahan

Semalam, polis Johor menahan 18 anggota penguat kuasa termasuk seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini, sejak 2017.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penahanan 18 anggota penguatkuasa itu susulan tangkapan 40 suspek sindiket penyeludupan PATI dalam operasi pada 4 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: