X

Kindly register in order to view this article
!

Seludup migran: Anggota keselamatan dianggap pengkhianat negara

Anggota penguat kuasa keselamatan yang terlibat dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan PATI dan didapati bersalah dianggap sebagai pengkhianat kepada negara. Gambar hiasan.
A
A

SHAH ALAM - Anggota penguat kuasa keselamatan yang terlibat dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan didapati bersalah dianggap sebagai pengkhianat kepada negara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, mereka juga bukan hanya mengkhianati agensi dan uniform, malah sanggup menggadaikan keselamatan serta kedaulatan kerana wang ringgit.

"Saya anggap begitu bagi mereka yang melakukan jenayah ini. Sempadan negara amat penting kepada keselamatan rakyat di dalamnya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, sikap tamak dan tidak puas dengan apa yang diterima mungkin antara punca mengapa anggota penguat kuasa keselamatan mengambil rasuah serta melanggar ikrar perkhidmatan mereka.

"Ini sikap mereka. Tidak semua seperti mereka tetapi dalam setiap agensi kebiasaannya ada individu seperti itu.

"Saya harap apa yang berlaku ini menjadi kesedaran kepada mereka yang bergelar anggota penguat kuasa," katanya.

Musa Hassan
Musa Hassan

ARITKEL BERKAITAN: Ada polis jadi petualang sindiket seludup migran: KPN

Katanya, jenayah itu tiada kaitan atau berpunca daripada gaji yang diterima tidak mencukupi kerana majoriti anggota keselamatan turut menerima gaji yang sama.

"Sebab itu saya katakan hanya segelintir dan bukan semua. Mereka sebilangan kecil sahaja," katanya.

Justeru, beliau berharap pihak atas membuat pemantauan rapi terhadap anggota berkenaan.

"Kebiasaannya, anggota ini akan dihenti tugas bagi tujuan siasatan. Mungkin juga mereka akan dikenakan tindakan daripada agensi," katanya.

Sementara itu penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, pertukaran pegawai di sesuatu kawasan perlu berlaku lebih kerap bagi mengurangkan penglibatan pegawai penguat kuasa dalam jenayah lebih-lebih lagi di kawasan panas.

Shahul Hamid Abdul Rahim
Shahul Hamid Abdul Rahim

"Saya tidak kata semua, tapi sebilangan sahaja, namun apabila berlaku kes umpama ini, maka imej pasukan ini dilihat buruk sedangkan yang melakukannya hanya sebilangan kecil.

"Saya harap anggota lain yang sedang berkhidmat menjaga pintu masuk negara dan menjaga sempadan negara terus bersemangat dan mengabaikan tohmahan terhadap mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaut RM60.48 juta hasil seludup Pati

Empat tekong darat dalang seludup PATI


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!