Agong santap roti tempayan di kedai tepi jalan

PEKAN - Pekerja dan pelanggan di sebuah kedai roti tempayan di Pekan Pahang di sini dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersantap di kedai itu hari ini.
Seri Paduka dikatakan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih Ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Sungai Soi di sini namun baginda berkesempatan singgah menikmati santapan roti tempayan dengan mengenepikan protokol.

Perkongsian tersebut dimuat naik di Instagram istana negara 30 minit lalu juga memaparkan beberapa gambar Seri Paduka bersantap sendirian, namun kelihatan juga beberapa pelanggan yang turut berada di kedai terbabit.
Aksi bersahaja baginda menarik perhatian rakyat dan netizen juga menyifatkan baginda seorang Tuanku berjiwa rakyat.

Antaranya dari pengguna Instagram dikenali @fazlizainul berkata, "Tuanku seorang berjiwa besar."
Begitu juga dengan pengguna Instagram, @redza80, "Ini la dia Raja berjiwa rakyat, boleh makan di mana-mana sahaja."
Kata @shari, "Ampun tuanku, tuanku memang terbaik!."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Peruntukan selenggara sekolah: KPM terima 670 permohonan sejak 1 November - Fadhlina
10 November 2026 10:39amITU PP-26: Malaysia bangunkan pelan nasional kriptografi pascakuantum - Fahmi
10 November 2026 09:53amITU PP-26: Malaysia gesa perluas ketersambungan global melangkaui kawasan berpenduduk - Fahmi
10 November 2026 09:41amPemangsa berselindung di sebalik skrin
10 November 2026 09:30amTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pmDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pm8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air
10 November 2026 07:05amTragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pm- Iklan -- Iklan -
