Sila log masuk terlebih dahulu.

Rumah kampung dijual untuk satu Euro di Itali

Rumah-rumah di kampung wilayah Cinquefrondi, Itali dijual hanya dengan satu euro (RM4.81). - Foto Comune di Cinquefrondi
Rumah-rumah di kampung wilayah Cinquefrondi, Itali dijual hanya dengan satu euro (RM4.81). - Foto Comune di Cinquefrondi
A
A
A

ROM - Sebuah kampung di Cinquefrondi di Itali yang kurang berpenghuni akhirnya menawarkan rumah-rumah yang dijual hanya dengan satu Euro (RM4.81) kepada pembeli.

Menurut portal berita The Local pada 12 Jun lalu, Ketua Majlis Pentadbiran Cinquefron di di wilayah Calabria, Michele Conia berkata, kampung itu kurang kes koronavirus (Covid-19) menyebabkan pembeli boleh menimbang membeli rumah melalui skim satu Euro.

Katanya, penjualan itu dikenali sebagai 'Operasi Inisiatif' diwujudkan untuk menarik kehadiran penduduk dari seluruh dunia sekali gus mengubah suai rumah yang tidak berpenghuni.

"Mencari pemilik baru untuk kebanyakan rumah merupakan kunci utama Operasi Inisiatif yang saya lancarkan untuk memulihkan kawasan kurang berkualiti," kata Conia kepada CNN.

"Saya membesar di Jerman iaitu lokasi tempat ibu bapa telah berhijrah. Saya kemudian datang semula (ke Cinquefrondi) untuk menyelamatkan tanah saya.

"Terlalu ramai orang meninggalkan tempat ini selama berdekad-dekad dan menyebabkan rumah tidak berpenghuni," tambahnya.

Wilayah Calabria merupakan salah sebuah wilayah yang kurang menerima kesan akibat pandemik Covid-19 di Itali dan mempunyai 1,177 kes yang merupakan terendah di negara tersebut.

Pekan-pekan lain turut menjual rumah pada harga satu Euro tetapi pembeli memerlukan deposit sehingga 5,000 euro (RM24,033) yang menyebabkan mereka bakal kehilangannya jika gagal mengubah suai rumah dalam tempoh tiga tahun.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihak berkuasa Cinquefrondi meminta satu permohonan kepada pembeli tentang bayaran insurans sebanyak 250 euro (RM1,201) sementara menunggu kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.

Bagaimanapun, pembeli baru akan dikenakan denda sehingga 20,000 euro (RM96,132) jika mereka gagal melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dalam tempoh tiga tahun. -

Itali kini mempunyai 5,800 kampung dengan kurang 5,000 orang penduduk yang tinggal di setiap kampung. - AFP