PSG tabik sumbangan Silva, Cavani

Silva (kiri) dan Cavani antara penyumbang kejayaan PSG dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Silva (kiri) dan Cavani antara penyumbang kejayaan PSG dalam beberapa musim kebelakangan ini.
A
A
A

JUARA Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) mengakui bukan satu keputusan mudah melepaskan dua tonggak veteran kelab Thiago Silva dan Edinson Cavani penghujung musim ini yang menjadi antara nadi kebangkitan gergasi Perancis dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Menurut Pengarah Sukan Paris Saint Germain (PSG), Leonardo, kehadiran kedua-dua pemain dari benua Amerika Selatan itu ternyata memberi impak positif dalam menjadikan kelab itu digeruni dan dihormati lawan.

“Secara peribadi bukan mudah melepaskan Silva dan Cavani kerana kedua-duanya sudah mengukir sejarah memacu kebangkitan kelab.

“Ya, siri perjalanan kejayaan yang dilakar mereka berdua bersama kelab juga menjadikan khidmat akan sentiasa dalam ingatan kelab dan penyokong.

“Namun kelab harus membuat keputusan yang rasional berdasarkan situasi semasa baik dari aspek ekonomi dan perkembangan struktur pemain muda pada masa depan.

“Mungkin keputusan ini tidak tepat saya pun tidak tahu, namun fokus kelab kini adalah Liga Juara-Juara pada masa mempertahankan kedua mereka hingga penghujung Ogos,” katanya.

Thiago, 35, menyertai kelab kota Paris itu sejak 2012 manakala Cavani, 33, pula sudah menjadi sebahagian keluarga besar skuad Les Parisiens sejak 2013.

Pada saingan Liga Juara-Juara, PSG sudah menempah slot ke pusingan seterusnya setelah menewaskan Borussia Dortmund sebelum saingan ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, PSG dikhabarkan bakal kehilangan khidmat tonggak pertahanan, Tanguy Kouassi yang memilih tidak menerima tawaran kontrak baharu kelab sekali gus mengikuti langkah seorang lagi pemain Adil Aouchiche sebelum ini.

RB Leipzig dan AC Milan dikhabarkan mengintai khidmat pemain 20 tahun itu yang menjaringkan dua gol pada saingan Ligue 1 musim ini.