Lelaki Indonesia ditemui mati dibunuh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati disyaki dibunuh berhampiran sebuah sekolah memandu di Jalan Segambut Gate, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8.20 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan tetakan di bahagian leher, muka dan badan.

"Terdapat juga beberapa kesan tikaman di bahagian perut dan beberapa bahagian badan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, setakat ini, tiada saksi yang melihat kejadian itu selain kawasan berkenaan juga tidak dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup.

“Bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan esok,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: