Putera Philip diberi amaran

Amaran itu diberikan dua hari selepas Putera Philip terlibat dalam nahas kereta.
A
A

LONDON - BRITAIN. Putera Philip, suami kepada Permaisuri Britain, Ratu Elizabeth II diberi amaran oleh polis selepas beliau dilihat memandu di jalan awam tanpa memakai tali pinggang keledar kira-kira dua hari selepas dia terlibat dalam kemalangan kereta.

Akhbar menunjukkan Philip memandu Land Rover di kediaman diraja Sandringham di Norfolk, semalam.

"Kami telah memberi nasihat yang sesuai dan ia adalah selaras dengan respons standard apabila kami menerima gambar yang menunjukkan kesalahan seumpama itu," kata jurucakap polis.

Khamis lalu, Philip terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta dinaikinya terbalik selepas berlanggar dengan kenderaan lain di kawasan berhampiran Sandringham.Difahamkan, beberapa penumpang lain cedera dalam kejadian tersebut. - Reuters


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia