Hilang fokus aksi tanpa penonton

Reaksi Niederlechner selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti berkenaan.
Reaksi Niederlechner selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti berkenaan.
A
A
A

PEMAIN kelab Bundesliga, Augsburg, Florian Niederlechner menyifatkan beraksi di stadium tanpa penonton menjadi punca kepada kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti ketika melayan kunjungan FC Cologne.

Berkongsi perasaannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti, Niederlechner berkata: " Saya melakukan kesilapan terbesar dalam mengambil sepakan berkenaan.

"Kelazimannya saya menyepak ke penjuru kanan gawang gol tetapi saya mendengar komen pemain lawan disebabkan ini adalah perlawanan tertutup.

"Pemain lawan menjerit ke arah penjaga gol memberitahu arah kelaziman sepakan saya sekali gus menyebabkan saya berubah fikiran.

"Itu adalah kesalahan besar. Saya membiarkan diri saya terpengaruh. Saya sering jadi pahlawan, tapi hari ini saya si bodoh," kata pemain posisi penyerang itu.

Penjaga gol Cologne, Timo Horn berjaya menyelamatkan gawangnya dari bolos hasil sepakan penalti Niederlechner pada minit ke-27 itu seterusnya menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Keputusan seri 2-2 di WWK Arena itu menyaksikan Cologne berada pada kedudukan ke-12 Liga manakala Augsburg ke-13 dengan empat mata di atas zon penyingkiran.

Saingan Bundesliga kembali bersambung pertengahan Mei lalu, namun dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat ia antaranya beraksi di stadium tanpa penonton.

Artikel Berkaitan: