Dua amah larikan barang berharga RM60,000 diburu

Gambar dari kiri: Diana 25, Erna, 24
Gambar dari kiri: Diana 25, Erna, 24
A
A
A

AMPANG - Polis memburu dua pembantu rumah warga Indonesia selepas dipercayai melarikan barang berharga bernilai RM60,000 dari rumah majikannya di Tasik Permai di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, menyedari kejadian terbabit, mangsa berusia 59 tahun seorang ahli perniagaan telah membuat laporan polis kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

"Mangsa mendapati beberapa barang kemas seperti rantai emas, wang tunai RM2,800 dan dua telefon bimbit Samsung serta beberapa barang lain telah tiada.

"Dianggarkan kerugian keseluruhan mencecah RM60,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Azmi berkata, susulan itu, dua wanita warga Indonesia dikenali sebagai Diana berusia 25 dan Erna berusia 24 tahun kini sedang dicari untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan denda.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menyimpan barang berharga di tempat selamat seperti peti besi dan tidak mendedahkan kepada orang yang tidak dikenali termasuk orang gaji.

"Mana-mana orang yang mempunyai maklumat berhubung perkara ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Jetri atau mana-mana balai polis berdekatan di talian 03-42897222," katanya.

Artikel Berkaitan: