Kembar siam Muhammad meninggal dunia

Ahmad (kanan) setia menemani Muhammad ketika dirawat di HCTM, Cheras. FOTO: Facebook Ahmad Rosli
Ahmad (kanan) setia menemani Muhammad ketika dirawat di HCTM, Cheras. FOTO: Facebook Ahmad Rosli
A
A
A

SHAH ALAM - Kembar siam, Muhammad Rosli, 28, disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras jam 10.45 pagi pada Sabtu. 

Perkara itu disahkan oleh kembarnya, Ahmad yang memaklumkan adiknya sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan minggu lalu selepas mengadu tidak sihat.

"Saya abang kepada Muhammad ingin memberitahu bahawa kembar saya telah kembali kepada pencipta-NYA pada jam10.45 pagi waktu Malaysia.

Kembar siam, Muhammad Rosli, 28, disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras jam 10.45 pagi pada Sabtu.
Kembar siam, Muhammad Rosli, 28, disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras jam 10.45 pagi pada Sabtu.

"Terima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan kesejahteraan Muhammad dan hanya ALLAH dapat membalas jasa baik semua," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Muhammad dimasukkan ke HCTM minggu lalu selepas mengadu tidak sihat. FOTO: Facebook Ahmad Rosli
Muhammad dimasukkan ke HCTM minggu lalu selepas mengadu tidak sihat. FOTO: Facebook Ahmad Rosli

Pasangan kembar siam Muhammad dan Ahmad pernah menggemparkan negara pada 2021 apabila menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Artikel Berkaitan:

Pada September 2002, mereka berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi.

Pada September 2002, mereka berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi. Foto media sosial. Foto media sosial.
Pada September 2002, mereka berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi. Foto media sosial. Foto media sosial.

Pada Julai 2025, Muhammad dilapor mendapatkan rawatan di hosp

Pasangan kembar siam Muhammad dan Ahmad pernah menggemparkan negara. Foto tular.
Pasangan kembar siam Muhammad dan Ahmad pernah menggemparkan negara. Foto tular.

ital berkenaan selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.

Sepanjang lapan bulan berada di negara itu, Muhammad menjalani lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi sebelum disahkan pulih serta menjalani rawatan susulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!