Suami, isteri ditahan kes pecah rumah

PDRM
PDRM
A
A
A

PASIR PUTEH – Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Semerak dalam serbuan ke atas sebuah rumah di perkampungan nelayan, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdu Rozak Muhammad berkata, dalam serbuan pada 4.30 pagi itu, pelbagai barangan termasuk rantai emas, telefon bimbit, jam tangan berjenama yang kesemuanya bernilai lebih RM24,000, turut dirampas.

“Mereka yang berumur, 32, dan 37 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lepas bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang tidak bekerja dan mempunyai tiga orang anak disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Katanya, suspek lelaki mempunyai rekod lampau pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah selain melakukan kegiatan pecah rumah sejak beberapa bulan lepas.- Bernama

Artikel Berkaitan: