Kanak-kanak tiga tahun terperangkap dalam kereta

Anggota bomba sedang membantu mengeluarkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam kereta di Taman Puteri Wangsa petang tadi.
Anggota bomba sedang membantu mengeluarkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam kereta di Taman Puteri Wangsa petang tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terperangkap lebih kurang 10 minit dalam kereta berjaya diselamatkan anggota bomba di Taman Puteri Wangsa, di sini petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Kamal Shaari berkata, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera bergerak ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.58 petang.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit mengeluarkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dengan menggunakan peralatan khas.

"Kejadian tersebut dimaklumkan apabila mereka sekeluarga mahu keluar dan mangsa diletakkan di bahagian tempat duduk hadapan dengan enjin dihidupkan.

"Bapa mangsa telah masuk ke dalam rumah sebentar dan sekembalinya, beliau mendapati pintu kereta telah terkunci dipercayai dikunci mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada ahli keluarga dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan: