Jep Sepahtu timang cahaya mata lelaki

Paparan Instagram Jep Sepahtu.
Paparan Instagram Jep Sepahtu.
A
A
A

PELAWAK terkenal yang juga penyampai radio, Jep Sepahtu dan pasangannya, Sari Yanti dikurniakan cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki semalam.

Berita gembira itu dikongsi oleh Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menerusi entri di Instagram peribadinya hari ini.

"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita," tulisnya.

Sari Yanti selamat bersalin bayi comel itu pada 6 Jun di sebuah pusat perubatan di sini.

Netizen dan rakan artis yang mengetahui berita tersebut tidak henti-henti mengucapkan kata syukur di atas kurniaan itu dan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.

@Shuibsepahtu berkata, "Alhamdulillah, tahniah, syukur." Manakala kata @sheiraijoy, "Dah dapat sepasang, telinga tu cerah masa depan."

Kata @mohdhanafihashim, mendoakan agar anak tersebut menjadi anak soleh dan pejuang agama Islam.

Terdahulu pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara, 2, selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.

Artikel Berkaitan: