X

Kindly register in order to view this article
!

Nelayan naik angin tumbuk polis

A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pembonceng motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk pegawai polis, ketika diminta mengemukakan permit perjalanan rentas negeri di Sekatan Jalan Raya (SJR) di KM1, Jalan Endau-Rompin dekat Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, lelaki berumur 29 tahun dan berasal dari Pahang itu kini direman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 332 dan 186 Kanun Keseksaan.

“Kejadian berlaku kira-kira 5 petang semalam, di mana pegawai polis bertugas menahan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dinaiki dua lelaki di SJR tersebut.

“Semasa pegawai polis meminta kad pengenalan dan permit perjalanan, pembonceng motosikal itu tiba-tiba naik angin lalu mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk pegawai polis berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berlaku pergelutan semasa pegawai polis hendak menahan pembonceng itu dan menyebabkan pegawai polis lelaki terbabit mengalami luka kecil di bahagian atas mata kanan.

Katanya, pembonceng tersebut yang merupakan seorang nelayan, sedang dalam perjalanan dari Mersing ke Pahang.

Rakannya yang menunggang motosikal itu pula tidak terlibat dalam kes tersebut. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus